Foto: Bruno Costa/Unsplash
Persuratan Laki Bini
Oleh, Nasrul BK
Megah tersergam indah
dewan persuratan ini
orang luar melihatnya gagah
mampu menongkah zaman
eksklusif dan klasik
Dewan ini muat untuk semua
tapi sayangnya banyak halangan
mazhab harfiah hal dan perkara
melibatkan anugerah dan karya utama
Ramai yang tidak perasan
pentas bangsawan ini
segala kekusutan
diselesaikan di atas katil
antara laki dan bini
Kuantan Pahang, 20 Julai 2025
Garam dan Gula
Oleh, Nasrul BK
Manis gula itu idaman semua
masin garam menginjak masa
tapi keduanya
saling melengkapi
supaya keseimbangan
masakan terasa elok
Mahkota Aman Kuantan, 21 Jun 2026

Puisi berjudul “Persuratan Laki Bini” dan “Garam dan Gula” adalah karya Nasrul Isyam bin Amdul Hamid (Nasrul BK) Pensyarah di Kolej Matrikulasi Pahang dan merupakan Naib Pengerusi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Temerloh
